Friday, 24 June 2011

TERIMALAH HAKIKAT.....


Pertama sekali, adalah ditegaskan bahawa artikel ini bukanlah bertujuan memperkecilkan peminat atau penyokong mana-mana pasukan lain, atau artikel yang bersifat ‘bias’, kenegerian kerana penulis adalah orang Kelantan atau sewaktu dengannya. Masing-masing ada kelebihan sendiri, bak kata pepatah ‘bercerita kecantikkan bintang, tidak perlulah kita memburukkan sang rambulan”, setuju?

Bermula daripada satu transformasi yang diilhamkan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, kini ‘kegilaan’ dan pembangunan bolasepak di Kelantan bukan sahaja dilihat sebagai suatu fenomena mengagumkan di kalangan peminat bolasepak tempatan, malah berjaya mengangkat nama The Red Warriors sebagai antara lambang kemegahan bolasepak tanah air di mata dunia.

Bukan sahaja dari segi pencapaian pasukan, yang berjaya melangkah ke 4 aksi final dalam tempoh tiga tahun ini, namun yang mengagumkan apabila melihat sambutan luar biasa dan tidak berbelah bahgi peminat setia mereka, setiap kali ‘Pahlawan Merah’ turun beraksi, baik di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan.

TSAM, bapa pembangunan bola kelantan, foto, FB TSAM
Bukan mudah menghimpunkan puluhan ribu penyokong berlainan pendapat, berbeza agama, bangsa, prinsip, fahaman politik, dan latar belakang di satu tempat, pada satu-satu masa, bersatu memberikan sokongan - namun ianya berjaya dilakukan Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu, atau di mana sahaja venue TRW beraksi.

Dan kemuncaknya, lihat sahaja aksi final Piala FA dan Piala Malaysia 2009, Final Piala Malaysia 2010, dan Final Piala FA 2011 baru-baru ini, bagaimana Lautan Merah memenuhi majoriti ruang stadium, menjadi saksi sejarah demi sejarah baru dirintis perwira mereka. 

Itulah kelebihan mereka, yang pastinya dicemburui peminat pasukan lain, malah sokongan padu ditunjukkan pada perlawanan persahabatan Malaysia menentang Myanmar (perlawanan bertaraf antarabangsa pertama di Kota Bharu buat kesekian kalinya), turut mendapat pujian pelbagai pihak, termasuk media tempatan. 

Usaha tanpa henti TSAM memartabatkan dan menjenamakan bolasepak Kelantan, seterusnya menjadikan KAFA sebagai sebuah entiti yang berdiri teguh, nyata berjaya menarik minat bukan saja di kalangan penaja, tetapi juga minat kelab-kelab ternama Eropah untuk mengadakan Klinik Bolasepak atau perlawanan persahabatan, membuktikan betapa TRW kini dipandang tinggi di mata dunia.

Malah, antara kenyataan dipetik daripada FB TSAM berbunyi :

“Cardiff City akan mengadakan Klinik Bolasepak bersama KAFA pada pertengahan Julai, satu pasukan jurulatih dan staff teknikal BLUEBIRD akan diterbangkan dari CARDIFF, dan akan berada di Kelantan beberapa hari..saya sudah muktamadkan perkara ini bersama Cardiff City, dan seorang arkitek kita akan Cardiff pada 28hb untuk tinjauan teknikal..”.

“Kita sedang merundingkan Kejohanan 3 Penjuru MASTERS. Kelantan All Warriors, MU Masters, Liverpool All Masters, selepas Piala Malaysia di SSM4. EPL Former Stars melalui agen mereka sudah menghubungi kita dan memaklumkan mereka teruja dengan suasana bolasepak Kelantan..”.

Klinik itu dimaklumkan akan diadakan pada 15 Julai, di mana 8 jurulatih Cardiff  akan mengendalikannya – sessi pagi untuk jurulatih manakala sessi petang untuk pemain dan ARMY. Manakala dua minggu sebelumnya iaitu pada 2 Julai akan berlangsung Karnival TRW Machang, yang dijangka dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala untuk peminat Lembah Klang, Karnival TRW akan berlangsung pada 7 & 8 Julai, di Karangkraf Shah Alam, dan penganjuran akiviti sebeginilah menjadikan masyarakat luar lebih mudah untuk mengenali TRW.

Mohamed Salleh, bekas CEO LTDL
Dalam pada itu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Le Tour De Langkawi, Mohamed Salleh, yang juga anak jati Kelantan kelahiran Muring, antara yang turut menyatakan rasa terujanya melihat perkembangan ini, yang disifatkannya sebagai suatu yang seharusnya menjadi ikutan peminat bolasepak seluruh negara.

Katanya, dari sebuah pasukan picisan, yang mana bolasepak mereka pernah dilabel sebagai mundur, tiada prospek untuk maju, ditambah pula kegagalan pasukan itu meraih sebarang kejuaraan besar dalam sejarah 89 tahun bolasepak negara sebelum ini, persepsi itu berjaya diubah sekelip mata oleh TSAM dengan pelan pembangunan, serta struktur pentadbiran dan pengurusan cukup berkesan.

Jika dalam tempoh 15 tahun lalu, sukar untuk melihat seorang pemain Kelantan menyarung jersi kebangsaan, yang mana dimonopoli Pahang, Selangor, dan Kedah, kini sekurang-kurangnya 6 wakil Kelantan adalah pelatih skuad kebangsaan – Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan, S.Chanturu, Rizal Fahmi, Farisham Ismail dan terbaru, Shakir Shaari.

Tidak mustahil sekiranya setiap persatuan mampu hadir dengan pelan pembangunan tersusun, mantap dan berkesan, mereka juga boleh mengecapi apa yang diraih TRW pada hari ini.

Friday, 17 June 2011

TARIKH KERAMAT 6 JULAI 2011

PENENTUAN juara Liga Super, musim ini kini menjadi saingan tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu selepas penyudahan keputusan, malam tadi yang menyaksikan ketiga-ketiga pasukan berkenaan merakamkan kemenangan penting.


Apapun, wajah ketua jurulatih The Red Warriors, Datuk M Karathu terpancar ceria melihat anak didik menang 1-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV apabila berkata: “Apa yang penting kami mendapat tiga mata berharga malam ini.”

Satu ketika mahkota kejuaraan tampak milik mutlak Kelantan ketika Selangor dan Terengganu seperti mahu seri sebelum menang. Anak didik K Devan menewaskan Felda United 2-1 manakala Terengganu mengatasi T-Team 3-2.

Kelantan kini sudah mengutip 53 mata, dua mata di hadapan Selangor dan tiga mengatasi Terengganu.

The Red Warriors yang bertemu Perak mengekalkan kelebihan satu gol yang dijaringkan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-53 selepas menerima hantaran cantik Daudsu Jamaluddin.

Norshahrul sebelum itu berpeluang membuka jaringan pada minit ke-24 apabila Kelantan dihadiahkan sepakan penalti, tetapi tendangannya dapat dibaca Nasril Nourdin.

Kelantan yang tampak agak lesu selepas kekecewaan terlepas kejuaraan Piala FA kepada Terengganu Sabtu lalu, menguasai perlawanan sebaik sepak mula dengan beberapa percubaan tepat dihasilkan sepanjang babak pertama, tetapi gagal menjelmakan jaringan.

Gol tunggal Norshahrul kekal hingga tamat permainan untuk mengekalkan Kelantan di persada liga buat menyalakan impian memburu mahkota kejuaraan buat julung kali dalam sejarah mereka.

Wednesday, 15 June 2011

Ape pon x boleh...

Muuuahahahaha..... muuuuahahahaha.....ops...ops...
Dengan bangganya mempersembahkan.....
KELANTAN menang 2-0!! Yeah!!
Gol-gol Kelantan hasil dari jaringan Norshahrul Idlan Talaha (Messi Malaysia) dan jugak Badrul Razi (Piya).
Fabregas dah hantar mesej kat facebook aku ucap tahniah tadi...[konon-kononnya la kan..]
Game ini memang PANAS!!! Panas macam......macam...... bende yang panas..
Memang hot... kalah hot.fm... Aksi permainan yang agak fizikal dan taktik yang menarik dipersembahkan kedua-dua pihak.



Aku ingin memuji pasukan Selangor kerana bermain dengan baik... Cuma nasib tidak menyebelahi... Safee Sali....memang bagus dan terbaik.. Lariannya amat memberi kesan... Tapi sesetengah pemain Selangor tidak cukup semangat melawan seperti Safee Sali. Ada juga yang tidak dapat mengawal emosi panas permainan menyebabkan dia dikeluarkan awal dari permainan..


Satu lagi perkara yang tidak disukai ialah...penyokong ni.... tolong la bersikap professional.... jangan nak membaling mercun jer... ingat la...apa korang buat jugak memberi kesan kepada mutu persembahan bola sepak negara kita ni. Contoh paling mudah.... macam game ni... Tak pasal-pasal rentak permainan terganggu disebabkan pengadil menghentikan permainan kejap. So...be proffesional la kan... Kita jugak nak tengok bola sepak kita setaraf dengan negara luar... jadi..penyokong pun mesti la kene setaraf jugak.. Jangan kita pulak yang jadi beban kepada pemain...

Aku nak sangat-sangat tengok penyokong kita macam kat Wembley....Emirates.... Old Trafford..... Maksud aku....sokong pasukan bola kerana seni sukan bola tu sendiri.... Bukan sampai gaduh-gaduh dan membaling mercun. Ingat...stadium depa takde pagar.... kita??? Kalau buat takde pagar..tak tahu ape jadi la kan..

Same-samela kita menaikkan mutu sukan kita... bukan saje pemain tu sendiri...peminat pun samer... Akhir kata.....tahniah kepada pasukan nogori aku..hahaha. Dapat lagi satu piala.. Macam tahun 2011 ni tahun buat pasukan aku jer...Kelantan, Arsenal dan Barcelona...

Kalau kekal peningkatan permainan macam ni...
Ada can la kita nak tengok pemain bertaraf dunia datang ke liga Malaysia....
Syaratnya...kita sama-sama berusaha
Penyokong dengan cara penyokongnya...
Pemain dengan cara pemainnya
Pentadbiran dengan cara pentadbirannya..

Ibarat sepohon pokok..
Pokok berbuah selepas berbunga
Berbunga selepas berpucuk..
Berpucuk selepas bertunas..

GOMO KELATE GOMO!!